Khamis, 30 September 2010

SAMBUTAN 'MAJLIS JAMUAN HARIRAYA AIDIL FITRI' DAERAH GOMBAK ZON 2B.

Pada 30 September 2010 hari Khamis jam 200 ptg sehingga 500 ptg Perpustakaan Daerah Gombak telah mengadakan 'Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri'. Diraikan bersama-sama staff-staff dan keluarga dari Daerah Gombak Zon 2B. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi meriah. Setiap Staff membawa juadah masing-masing dan dinikmati bersama-sama, kemeriahan tetap dirasai walaupun diraikan dipenghujung bulan Syawal. SELAMAT HARI RAYA...

Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak Puan Nor Chempawan Mat Abu sedang memberi ucapan sempena Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri.

Bacaan 'Doa' oleh Encik Asrin dari Perpustakaan Daerah Gombak

Antara juadah makanan yang dihidangkan sempena sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2010.


Bersama-sama mengambil juadah makanan yang telah dihidangkan.




Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak dan Staff-Staff perpustakaan bersama keluarga sedang menjamu selera.



KLIP VIDEO 'JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERPUSTAKAAN DAERAH GOMBAK 2010'

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya dan keluarga ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.
Maaf Zahir & Batin



Selasa, 31 Ogos 2010

MARI 'KIBARKAN JALUR GEMILANG'

PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan Program dan aktiviti Galakguna Perpustakaan sempena Bulan Kemerdekaan Ogos 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj), Mewarna Bendera Malaysia, Menyanyi Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai dan Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif. Aktiviti ini dapat menyumbang dan meningkatkan komunikasi, mendidik sikap berkerjasama dan semangat cintakan Negara Malaysia.

PENYERTAAN / SASARAN

30 orang peserta terlibat.

TARIKH / TEMPAT / MASA

Tarikh : 28 Ogos 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1.1 Cintailah Bendera Negara Kita (Kolaj)
1.2 Mewarna Bendera Malaysia
1.3 Menyanyikan Lagu ‘Jalur Gemilang’ beramai-ramai
1.4 Membuat Kad Selamat Hariraya Kreatif.
1.5 Kempen Keahlian

KESIMPULAN

Program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari AJK PD Sg.Pelong, Kelab Sinar Wawasan dan semua peserta yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membawa anak-anak mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan dan menjadikan membaca sebagai hobi utama. Program ini juga telah berjaya mempromosi perpustakaan kepada orang awam dan telah meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan. Jom Lepak di perpustakaan.

MARI MEWARNA 'JALUR GEMILANG'

'Semangat Merdeka' mewarna Bendera Malaysia



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isnin, 30 Ogos 2010

AKTIVITI KOLAJ BENDERA MALAYSIA

Semangat Berkerjasama di dalam Kumpulan Menyiapkan Kolaj 'Jalur Gemilang'





AKTIVITI MEMBUAT KAD HARIRAYA KREATIF

Membuat Kad Ucapan Selamat Hariraya dari hasil Kreativiti adik-adik kita sempena di Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang akan menjelang tiba tak lama lagi.