Isnin, 10 Jun 2013

AKTIVITI PARUH 3D


Aktiviti Paruh 3D


PENYERTAAN
8 orang

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 3.6.2013 (Isnin) 
Masa     :  3.00 ptg – 4.00 ptg
Tempat :  Ruang Bacaan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.        Mengunting dan melipat kertas A4 berwarna.
2.        Melukis dan Mewarna.

Antara Galeri Aktiviti Paruh 3D.

Inilah mentor cilik kita ya.. Azmer Nazim.
Kali ini cikgu yang mengajar terdiri  dari pengguna perpustakaan.







Meh nengok paruh angry bird tuh, munjung ke depan terbukak jer mulutnya kann..


Ahad, 2 Jun 2013

AKTIVITI CINTAI BUKU

AKTIVITI CINTAI BUKU

MELAKAR LUKISAN KULIT BUKU

PENDAHULUAN
Pelaksanaan Aktiviti Melakar Lukisan Kulit Buku adalah antara aktiviti Sempena Hari Buku Sedunia. Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan pada tarikh 23 April sebagai Hari Buku. Tujuannya adalah bagi memartabatkan kedudukan Buku sebagai Sumber Pengetahuan Utama. Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi BUKU sebagai WADAH untuk Membina Peradaban Dunia tetap Kekal dan Tidak Berubah.

PENYERTAAN
15 orang

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 31.5.2013 (Jumaat) 
Masa     :  3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat :  Ruang Bacaan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.        Membaca dahulu Buku yang dipilih untuk dilukis oleh setiap peserta.
2.        Melukis dan Mewarna.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 5 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 2 orang remaja dan 3 orang kanak-kanak.

Antara Galeri Aktiviti Cintai Buku.

Sesi Melukis dahulu ya, adek-adek..







Sesi Jom Mewarna..






Jom bergambar ramai-ramai..

Kreatif dan Cantik Adek-adek punya Kertas Lukisan.


Ini hasil kreatif Anak-anak Remaja.



Inilah Hasil Melakar dan Mewarna Lukisan Kulit Buku.



PROGRAM GALAKGUNA PERPUSTAKAAN

PROGRAM GALAKGUNA PERPUSTAKAAN

Dua minggu musim cuti persekolahan Mei/Jun  2013 ini di Perpustakaan Desa ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti  Ilmu dan Galakguna Perpustakaan untuk memenuhi masa lapang anak-anak komuniti untuk Jom Lepak di Perpustakaan, Library My Second Home…


SEMINAR PEMBANGUNAN KOLEKSI TEMPATAN& SEJARAH LISAN 2013

SEMINAR PEMBANGUNAN KOLEKSI TEMPATAN & SEJARAH LISAN 2013

Menghadiri Seminar Pembangunan Koleksi Tempatan & Sejarah Lisan 2013 yang telah diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, PPAS, Shah Alam selama 2 hari berturut-turut yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Peserta-peserta terdiri dari Pengarah Perpustakaan Awam Negeri dan Pegawai-pegawai perpustakaan dari seluruh Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia termasuk dari Sabah & Sarawak.

Tarikh : 29 & 30 Mei 2013 ( Khamis & Jumaat)
Tempat : Auditorium, Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.    

PENDAHULUAN
Sejarah Lisan adalah satu kaedah di mana pengalaman seseorang tokoh yang dirakam secara wawancara dan direkodkan. Tokoh-tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbangkan maklumat sejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri atau perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa, peristiwa tertentu. Maklumat yang diperolehi dari wawancara tersebut kemudiannya disalin dan salinan tersebut disemak dan ditaip sekaligus dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan penyelidikan.
Koleksi Tempatan adalah koleksi khas yang dibina oleh sesebuah perpustakaan. Biasanya koleksi ini merupakan pengumpulan mengenai sejarah, asal-usul, kebudayaan dan sastera yang terdapat disesebuah tempat. Kandungannya menjurus kepada nilai-nilai kebangsaan atau warisan negeri tinggi.

OBJEKTIF
  • Memberi pendedahan kepada teori, teknik dan amalan terbaik pengumpulan Koleksi Tempatan dan Sejarah Lisan.
  • Pemeliharaan Warisan Negara melalui pendekatan Koleksi Warisan Negeri.
  • Memelihara Warisan Negeri sebagai Satu Bentuk Khazanah Negara.
  • Pembangunan dan Pengurus Kolej Tempatan dan Sejarah Lisan.
  • Berkongsi pengalaman di Perpustakaan Negeri.
Tagline yang amat bermakna.
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI...
KALAU BUKAN HARI INI, BILA LAGI...

Sijil Penghargaan.


Antara nota-nota yang amat penting untuk rujukan bagi melaksanakan Koleksi Tempatan dan Sejarah Lisan di Perpustakaan nanti beserta Beg Cenderahati untuk semua peserta-peserta.

GELAGAT CUCU TOK AYAH & UWAN

GELAGAT CUCU TOK AYAH & UWAN

Awal minggu cuti sekolah 24-27 Mei 2013, Anak Sulong , Isteri dan anaknya, cucu pertama kami ni Mohammad Farhan Adli dari Butterworth balik ke Sg. Buloh jumpa Tok Ayah & Uwannya kat sini pulak. Usia mencecah ke 7 bulan.. seronok dah main ngan Adli ni yang semakin keletah dan cerdik nih… 
Jom layan gelagatnya.

Saya Adli, umur masih 6 bulan lagi..

Ni duduk dipangku Uwan, nak posing sikit jer…

Berborak ngan Pak Usu kita….kena ikut bahasa kita ley, he hee..

Yang kat belakang tu Pak Cik kita….

Nih tengah layan Pak Usu bercerita, citer apa ya…

Dekat la sikit Pak Usu, haihhh….

Naper pulak muka Pak Usu nih jadik Angry Bird, pelik eehhh…

Haii…saya sukahati la..

 Grrrr.. gerammmm, naper Pak Usu gitew..

Ooppppss..nanti dulu ya.

Okey, Pak Usu kita buat pishhh sama-sama..

 Ni kita ngan Uwan.

Haishh, Pak Usu ni asyik pishh je…

Ni pulak kita ngan Tok Ayah.

Eh hee..ngan Pak Usu lagi la, Pak Su sayang ngan Adli..

He he hee…. Seronoknya dukung ngan Tok Ayah.

BERSANTAI DI TAMAN KLCC

BERSANTAI DI TAMAN KLCC

 

Jom layan gambar ya..