Ahad, 2 Jun 2013

AKTIVITI CINTAI BUKU

AKTIVITI CINTAI BUKU

MELAKAR LUKISAN KULIT BUKU

PENDAHULUAN
Pelaksanaan Aktiviti Melakar Lukisan Kulit Buku adalah antara aktiviti Sempena Hari Buku Sedunia. Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan pada tarikh 23 April sebagai Hari Buku. Tujuannya adalah bagi memartabatkan kedudukan Buku sebagai Sumber Pengetahuan Utama. Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi BUKU sebagai WADAH untuk Membina Peradaban Dunia tetap Kekal dan Tidak Berubah.

PENYERTAAN
15 orang

TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh    : 31.5.2013 (Jumaat) 
Masa     :  3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat :  Ruang Bacaan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
                 
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.        Membaca dahulu Buku yang dipilih untuk dilukis oleh setiap peserta.
2.        Melukis dan Mewarna.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 5 orang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan terdiri dari 2 orang remaja dan 3 orang kanak-kanak.

Antara Galeri Aktiviti Cintai Buku.

Sesi Melukis dahulu ya, adek-adek..







Sesi Jom Mewarna..






Jom bergambar ramai-ramai..

Kreatif dan Cantik Adek-adek punya Kertas Lukisan.


Ini hasil kreatif Anak-anak Remaja.



Inilah Hasil Melakar dan Mewarna Lukisan Kulit Buku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan