Sabtu, 18 April 2009

PERPUSTAKAAN DESA SUNGAI PELONG


PENGENALAN

Perpustakaan Desa diperkenalkan oleh PPAS kepada rakyat Negeri Selangor sejak tahun 1984 dengan pembukaan perpustakaan desa di Sabak Bernam dan Sungai Masin, Hulu Selangor pada 01 April 1984. Perpustakaan Desa Sungai Pelong mula dibuka dan menjalankan perkhidmatan pada bulan Julai 1994. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan perpustakaan secara penuh masa kepada komuniti dan masyarakat setempat dan kehadiran komuniti dari luar kampung Sungai Pelong juga amatlah di alu-alukan. Perkhidmatan pinjaman, rujukan, maklumat masyarakat adalah antara perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan desa ini.
Sejajar dengan Selangor maju bersama IT dan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar, perpustakaan desa ini juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penggunaan komputer dan melayari internet secara percuma kepada komuniti dan masyarakat. Pada tahun 2008 dan yang terkini, dengan wujudnya PPIK ( Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti) dengan kerjasama KTAK dan PPAS memberi lebih lagi ruang dan kemudahan untuk komuniti dan masyarakat mempelajari komputer dengan kelas yang diadakan setiap minggu oleh Penyelia PPIK.
Pembukaan perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Y.A Bhg. Puan Sri Datin Hajjah Asbi Rohani bt Asnan ( Isteri Y.A.B Menteri Besar Selangor) pada 04 April 1995 bertempat di perkarangan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
Dari mula perkhidmatan dijalankan sehingga Disember 2008, perpustakaan ini telah menerima keahlian yang berdaftar seramai 1,463 orang. Ahli Dewasa 441 orang, ahli Remaja 413 orang dan ahli Kanak-kanak 609 orang.
Manakala perangkaan pinjaman buku yang telah direkodkan disepanjang perkhidmatan adalah sebanyak 185,166 buah buku. Dari jumlah tersebut 52,063 adalah pinjaman Dewasa, 49,845 adalah pinjaman Remaja dan 83,258 adalah dari p
injaman Kanak-kanak.






TUJUAN

Perpustakaan Desa diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat menggunakannya secara berterusan sebagai sumber maklumat. Perpustakaan memainkan peranan penting dalam usaha menyokong keperluan maklumat kepada masyarakat dan membina modal insan yang berpengetahuan, juga merupakan sumber rujukan utama di dalam mendapatkan ilmu dan maklumat.








OBJEKTIF

Memberi akses kepada ilmu, maklumat, karya imaginasi melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang sedia ada di Perpustakaan Desa ini kepada semua ahli masyarakat, komuniti setempat dan sekitarnya amnya, tanpa mengira bangsa, umur, jantina, agama, bahasa, pekerjaan serta tahap pendidikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan