Jumaat, 17 April 2009

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI

PENGENALAN

Program Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) ini di bawah projek Universal Service Provision (USP) di Fasa 5 yangmana ianya dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Ada 256 buah pusat di seluruh Malaysia dan 21 buah pusat di Negeri Selangor Darul Ehsan salah sebuahnya berada di bersebelahan Perpustakaan Desa Sungai Pelong.
Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) Sungai Pelong mula menjalankan perkhidmatan pada awal bulan Julai 2007. Waktu operasi jam 0900 Pagi hingga 1000 malam setiap hari isnin hingga jumaat pada hari sabtu dan ahad dibuka jam 0900 pagi hingga 0600 petang. Ditutup pada hari perayaan dan hari jadi Agung dan Sultan Selangor saja.
Dari sepanjang perkhidmatan dijalankan sehingga April 2009. PPIK Sungai Pelong telah menerima keahlian yang berdaftar seramai 1835 orang bagi Ahli Dewasa Umur 13 tahun keatas dan 923 orang bagi Ahli Kanak-Kanak Umur 12 tahun ke bawah.


TUJUAN

Bagi merapatkan jurang digital antara yang kaya informasi dan miskin maklumat melalui pemberian kemudahan perkhidmatan komunikasi dan capaian internet kepada masyarakat luarbandar dan pendalaman .

OBJEKTIF

Memastikan komuniti mempelajari sesuatu yang baru untuk memudahkan urusan seharian. Memastikan komuniti memggunakan apa yang mereka telah pelajari melalui latihan dan bengkel yang disediakan oleh penyelia PPIK.

VISI

Merapatkan jurang digital dan jurang minda antara Bandar dan luar Bandar yangmana golongan yang miskin Maklumat/Teknologi dengan yang kaya dengan Maklumat/Teknologi

MISI

· Memberi pendedahan kepada komuniti dengan cara menggunakan komputer.
· Memberi pendedahan kepada komuniti dan kegunaan internet.
· Menanamkan minat kepada komuniti dan penguna ICT (Teknologi Maklumat Informasi).
· Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai kemudahan Aplikasi Elektonik.

GOLONGAN SASARAN

Semua warga komuniti dipersekitaran PPIK.


PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Kursus/Latihan dan Bengkel secara PERCUMA.

1. KOMPUTER
2. INTERNET
3. KURSUS
4. LATIHAN
5. BENGKEL
6. MESIN PENGIMBAS
7. MESIN PENCETAK
8. FAX
9. FOTOSTAT
10. BINDING
11. LIMANATE
12. KAMERA DIGITAL

KESIMPULAN

Memberi Perkhidmatan ilmu dan maklumat kepada semua penduduk sejagat tentang kemudahan serta faedah dan latihan ICT bagi merapatkan jurang digital untuk menyahut seruan kerajaan bagi membina modal insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan