Program Galakguna Perpustakaan telah diadakan Pada 22 Mei 2010 (Sabtu) bersama Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading dan Sekolah Menengah Agama Paya Jaras 47000 Sungai Buluh Selangor Darul Ehsan
PENDAHULUAN
Perpustakaan Desa Sungai Pelong telah mengadakan satu program dan aktiviti galakguna perpustakaan bersama pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ ‘Mari Belajar Membuat Keratan Akhbar’.
Program galakguna perpustakaan dan aktiviti yang dijalankan ini dapat menyumbang semangat bekerjasama dan toleransi dikalangan pelajar-pelajar ini ketika mendapatkan isu-isu semasa didalam suratkhabar untuk dijadikan bahan keratan akhbar. Didalam mendapatkan bahan-bahan untuk keratan akhbar secara tak langsung menerapkan budaya membaca dikalangan remaja-remaja ini.
PENYERTAAN / SASARAN
10 orang peserta terlibat
TARIKH / TEMPAT / MASA
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Perpustakaan Desa Sungai Pelong
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Mengumpulkan surat khabar bulan Feb dan Mac 2010.
Memilih tajuk-tajuk akhbar mengikut kategori contoh Sukan, Ekonomi, Kesihatan dll.
Mengunting dan menampal artikel yang telah dipilih pada kertas A4
Susun dan simpan didalam fail mengikut tajuk dan kategori.
KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan lagi keahlian Perpustakaan Desa Sungai Pelong. Seramai 13 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 7 orang dewasa, 3 remaja dan 3orang kanak-kanak.
KESIMPULAN
Pada dasarnya program dan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang amat baik sekali dari pelajar-pelajar SMKBG dan SMAPJ yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dijalankan dengan harapan semoga tagline untuk menjadikan perpustakaan sebagai ‘Rumah Keduaku’ mencapai kejayaan.
Jom ramai-ramai kita menjayakan Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010
di Taman Tasik, Shah Alam
pada 26 jun 2010 (Sabtu)Jam 8.00pagi sehingga 2.00petang. Semua komuniti dijemput hadir bersama menjayakan program ini ‘Membaca Budaya Kita’ bawalah keluarga bersama berkumpul disana dan membaca beramai-ramai
‘Jom Membaca‘.Bawalah buku dan baca dimana sahaja anda berada, disediakan juga tabung buku untuk pengunjung yang hadir.
Pesta Buku Selangor 2010 akan diadakan pada 25 Jun 2010
sehingga 05 julai 2010 bertempat diKompleks PKNS, Shah Alam . Pelbagai bahan-bahan bacaan yang menarik boleh anda dapati disana dengan potongan peratus harga yang amat rendah sekali dan juga bahan rujukan untuk pelajar sekolah boleh didapati disana dengan harga yang murah dengan pelbagai pilihan dan terbitan terbaru. Bawalah anak-anak anda, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan sepanjang pesta buku ini berlangsung di Komplek PKNS
Shah Alam.
Mesyuarat Kakitangan Perkhidmatan
Daerah Gombak Bil. 2/10
Pada 14 Mei 2010 jam 09.00 pagi. Hari Jumaat.
Bertempat di Perpustakaan Daerah Gombak.
Seramai 15 orang kakitangan dari
Daerah Gombak yang menghadiri mesyuarat .
Antaranya kakitangan yang hadir:-
Pn Nor Chempawan Mat Abu
- Pen. Peg. Perpust. Daerah Gombak
Pn Sakinah Che Daud
- Pen. Peg. PD (PNM) Kemensah
En Mohd Asrin Osman
- Pem. Tadbir Perpust. Daerah Gombak
En Mazlan Ghazali
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
En Abd Kadir Abu Bakar
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
Cik Mazlin Zahar
- Pembantu Perpust. Daerah Gombak
Pn Nazlina Haji Lekan
- Pembantu Perpust. PD Sg. Pelong
Pn Rahimah Zahari
- Pembantu Perpust. PD Kuang
Cik Siti Nur Zaleha Yusof
- Pembantu Perpust. PD Kubu Gajah
Pn Salmah Osman
- Pembantu Perpust. PD Asyakirin
Cik Noor Hazura Abd Razak
- Pembantu Perpust. PD Kemensah
Pn Junaidah Jamil
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
Cik Norazila Rasli
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
En Mohd Khalid Haji Sidi
- Pembantu Perpust. Caw. Rawang
En Nasarudin Rasul
- Pembantu Am Perpust. Caw. Rawang
Antara Agenda penting yang dibentangkan didalam mesyuarat ini adalah mengenai
Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 dan Pesta Buku Selangor 2010.
Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 akan diadakan bertempat
di Taman Tasik,Shah Alam pada 26 jun 2010 (Sabtu)Jam 8.00 am - 2.00pm
Sasaran seramai 10,000 penyertaan dengan
kategori penyertaan Peserta Berdaftar seramai 5,000 orang dan Pengunjung Awam seramai 5,000 orang.
Semua kakitangan PPAS diwajibkan hadir pada
hari tersebut bersama ahli keluarga masing-masing.
Pihak penganjur akan menjadikan program ini sebagai salah satu Program
Kemasyarakatan Terbesar Negeri Selangor
dengan pengiktirafan The Malaysia Book of Records.
Pesta Buku Selangor 2010 akan diadakan
pada 25 Jun 2010 - 05 julai 2010
bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam .