Khamis, 13 Disember 2012
Selasa, 27 November 2012
CIPTA KREATIF
AKTIVITI CIPTA KREATIF
PENDAHULUAN
Pelaksanaan
aktiviti pertandingan cipta kreatif adalah untuk mengalakkan pengguna kanak-kanak berfikir dan senantiasa membuka
minda untuk mencipta sesuatu yang baru dengan kreativiti masing-masing.
Aktiviti ini diadakan untuk mengalakkan masyarakat dan anak-anak komuniti kita
mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti ilmu bagi melahirkan generasi
sihat minda..Pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan diadakan disetiap
hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini untuk menarik komuniti
mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai Rumah Kedua.
PENYERTAAN PESERTA
14 orang peserta.
TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh
: 24 Nov 2012 (Sabtu)
Masa
: 10.30 pg. – 12.30 tgh.
Tempat : Sudut Membaca Perpustakaan Desa
Sungai Pelong.
Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.
Menggunakan kertas suratkhabar lama.
2.
Mencipta baju mengikut kreativiti peserta.
KESIMPULAN
Aktiviti cipta kreatif ini dapat menarik minat
komuniti untuk terus mengunjungi perpustakaan dan melibat mereka dengan
aktiviti-aktiviti ilmu yang diadakan sepanjang minggu cuti persekolahan ini,
terutamanya golongan kanak-kanak dan memberikan kebebasan untuk mereka bermain
sambil menimba ilmu.
Antara Galeri Aktiviti Cipta Kreatif.
Jumaat, 23 November 2012
CUCU SULONG
Bersama Cucu Sulong...
Subhanaallah.... Allahuakhbar,
Inilah Anugerah darinya yang amat bernilai.. Semoga diberkati hidupnya dunia akhirat & menjadi anak yang soleh..Amin Ya Rabbal Alamin.
Subhanaallah.... Allahuakhbar,
Inilah Anugerah darinya yang amat bernilai.. Semoga diberkati hidupnya dunia akhirat & menjadi anak yang soleh..Amin Ya Rabbal Alamin.
Ini adalah foto dihari pertama cucu kami (Adli) dilahirkan di Hospital
Besar P.Pinang yang dihantar melalui msg phone oleh abahnya (Azrul) dari katil wad
bayi Hospital Pulau Pinang.
Hari pertamanya melihat dunia luar...
Dilahirkan pada 05 Nov 2012.
Dihari-hari seterusnya, Amboi lenanya Adli tidur..
11 Nov 2012 kami sekeluarga pergi ke Bagan Jermal, Butterworh untuk melihat cucu sulong ni, kebetulan baby dah genap 7 hari, sebelah besan adakan majlis cukur untuk cucu ni, memang rezeki kami untuk bersama-sama meraikannya. Seronok sungguh la… perasaan tu, hanya ALLAH je yang tahu..
4 hari kat sana..jalan2 jugak la kat sana.. sambil nengok cucu, bawa
juga anak-anak jalan-jalan ke Pulau Pinang, mandi laut…beli le ole-ole dari
sana untuk keluarga ngan kawan2 kat Selangor ni.
Ni layan anak-anak main kat pantai…
Abang Long sama sekali le join ngan adek-adek, sesekali jumpa…..
Berkumpul balik 4 orang adek-beradik ni…
Jumaat, 16 November 2012
PANTAS PUZZLE
AKTIVITI PANTAS PUZZLE
Minggu ini aktiviti pertandingan pantas puzzle
telah diadakan dimana disertai oleh lima kumpulan terdiri dari dua orang dalam
satu kumpulan. Masa diberi adalah 10 minit. Pelbagai lagi program dan aktiviti
yang akan diadakan disetiap hari sepanjang minggu musim cuti persekolahan ini
untuk menarik komuniti mengunjungi perpustakaan dan menjadikan perpustakaan
sebagai Rumah Kedua.
PENYERTAAN
10
orang peserta.
TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat
: Sudut Membaca Perpustakaan Desa Sungai
Pelong.
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
Antara Galeri Aktiviti Pantas Puzzle
Langgan:
Catatan (Atom)







