Selasa, 28 Jun 2011

HARI ILMU NEGERI SELANGOR 2011

KEMPEN ’15 MIN READING BREAK’
"BERHENTI SEBENTAR, JOM BACA!"
DAERAH PETALING

PENDAHULUAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengadakan ‘Hari Ilmu Negeri Selangor 2011’ pada 26 Jun 2011 (Ahad), Anjuran oleh Kerajaan Negeri Selangor dan PPAS. Semua Warga Selangor menyambut Hari Ilmu di daerah penempatan masing-masing. Kami dari Daerah Petaling telah melaksanakan Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 dan di pertanggungjawapkan untuk menjayakan Kempen ’15 Min Reading Break’ bersama-sama warga dan komuniti yang menghadirkan diri di Perpustakaan Hipermedia, Aras 2, Kompleks 3C, Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kempen ’15 Min Reading Break’ ini dijayakan sempena Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 dan Kempen Membaca ini akan senantiasa berterusan dengan mengadakan pelbagai aktiviti disetiap perpustakaan didalam Negeri Selangor bagi menggalakkan budaya membaca kepada semua warga Negeri Selangor. Antara kakitangan PPAS dari Perpustakaan Daerah Petaling yang telah menjayakan program ini adalah :
Pembantu Perpustakaan
1. Puan Rahimah bte Zahari (PD Kuang)
2. Puan Nazlina Haji Lekan (PD Sungai Pelong)
3. Cik Siti Nur Zaleha bte Mohd Yusof (PD Kubu Gajah)

TARIKH / MASA
Tarikh :26 Jun 2011 (Ahad)
Tempat :Perpustakaan Hipermedia, Aras 2, Kompleks 3C, Jalan PJS 11/2,Taman Bandar
Sunway,Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.
Masa :8.00 pagi – 12.00 tengahari.

PENYERTAAN / SASARAN
Seramai 150 orang pengunjung yang hadir.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1.1Kempen ‘15 Min Reading Break’.
1.2Pertandingan Mengeja Kanak-kanak Bahasa Melayu Antara Prasekolah 2011.
1.3Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
1.4Kempen Keahlian.

KEMPEN KEAHLIAN
Kempen keahlian telah diadakan sepanjang program ‘Kempen 15 Min Reading Break’ ini dijalankan, seramai 109 orang telah mendaftar sebagai ahli baru perpustakaan terdiri dari 60 orang Dewasa, 3 orang Remaja dan 46 orang Kanak-Kanak. Terdiri dari 46 orang lelaki dan 63 orang perempuan.

KERJASAMA DAN SUMBANGAN
Bagi menjayakan Program ‘Kempen 15 Min Reading Break’ ini dapat berjalan dengan lancarnya, kami kakitangan PPAS dari Daerah Petaling mendapat jalinan kerjasama yang amat baik sekali dari pihak-pihak yang berkenaan:
1.Puan Sadzliawaty dan semua pegawai
dari Perpustakaan Hipermedia MPSJ.
2.Puan Syamsiah dan semua pegawai
dari Pejabat Tanah Daerah Petaling.
(Makanan dan minuman untuk program ini disediakan oleh pihak PTD Petaling).
3.Semua komuniti dan pengunjung Perpustakaan Hipermedia yang sama turut serta terlibat bagi menjayakan ‘Kempen 15 Min Reading Break’.
4.Turut serta dibantu Kelab Sinar Wawasan
PD Sungai Pelong.

Antara rakan media yang turut sama menjayakan
Program ‘Kempen 15 Min Reading Break’ ini antaranya adalah:
1.TV Selangor
2.Cakna Sinar Harian
3.Kumpulan Media Karangkraf.
(Bahan Bacaan untuk Dewasa dan Kanak-kanak terdiri dari Akhbar ILUVISLAM, Novel dll
sumbangan dari Media Karangkraf).

Antara Galeri Gambar
Sewaktu Program ‘Kempen 15 Min Reading Break’
sempena Hari Ilmu Negeri Selangor 2011.


Semasa Pendaftaran Hari Ilmu
dan Kempen Keahlian PPAS.






“Kempen 15 Min Reading Break”
Bermula jam 10.45 pagi – 11 pagi.







Pertandingan Mengeja Bahasa Melayu
Antara Prasekolah 2011





Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)




Suasana Ceria dan Selesa
di Perpustakaan Hipermedia MPSJ.






Ketika sesi temubual bersama wakil Sinar Harian
Cik Farana.





Kami kakitangan PPAS dari Daerah Petaling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan