Ahad, 19 Jun 2011

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2011


Jom! ramai-ramai… ke PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC), Shah Alam sempena PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2011 yang bermula pada 24 Jun – 3 Julai 2011. Banyak terdapat bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan menarik. Dapatkan buku-buku kegemaran anda dan keluarga disini dengan potongan diskaun yang istimewa. “Berhenti sebentar, Jom Baca” Jadikan Membaca Budaya Kita.
Bookmark menarik sempena Pesta Buku Selangor 2011

HARI ILMU 2011


Pada 26 Jun 2011 (Ahad) Hari Ilmu akan diadakan di PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC).
Kempen ’15 min Reading Break’ Jam 10.45 – 11 pagi. Khas untuk Penulis-penulis dari seluruh Malaysia.

Perhimpunan & Konvensyen Penulis- penulis Se Malaysia.

Istimewanya ‘Hari Ilmu’ pada tahun 2011 ini, semua warga Negeri Selangor boleh turut sama menyertainya di daerah-daerah penempatan masing-masing kerana pada tarikh 26 Jun 2011 adalah Hari Ilmu bagi seluruh rakyat Selangor. Setiap kakitangan PPAS akan berada di Lokasi yang di tetapkan untuk sama-sama menyambut ‘Hari Ilmu’ serta memastikan Kempen ’15 min Reading Break’ dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami kakitangan dari Daerah Petaling akan bersama-sama semua warga dan komuniti MPSJ dan PTD Petaling di Perpustakaan Hipermedia Subang Jaya, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya. Semua Komuniti yang berhampiran dijemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan Kempen ’15 min Reading Break’. Jumpa kami di sana nanti … Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan