Ahad, 19 Jun 2011

“MOCK” READING BREAK

PPAS akan mengadakan rakaman “Mock” Reading Break di Seluruh Negeri Selangor yangmana melibat semua daerah didalam Negeri Selangor.
Antara 9 buah daerah iaitu :
Daerah Kuala Selangor
Daerah Sabak Bernam
Daerah Klang
Daerah Kuala Langat
Daerah Sepang
Daerah Hulu Langat
Daerah Gombak
Daerah Hulu Selangor
Daerah Petaling

Pada 14 Jun 2011 (Selasa) PPAS telah mula mengadakan rakaman “Mock” Reading Break di Daerah Petaling . Sesi "Mock" Reading Break bertempat di Pejabat Tanah Daerah(PTD) Petaling .Antara lokasi pilihan di Taman, Tasik dan di Dalam Bilik Iqrak (Bacaan) Pejabat Tanah Daerah Petaling. Sesi "Mock" Reading Break ini dijayakan Bersama-sama Pegawai, Kakitangan serta Pelanggan Pejabat Tanah Daerah Petaling dan Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan Puan Rozainess Kamaruddin serta Pembantu Perpustakaan Puan Rahimah Zahari (PD Kuang) dan Puan Nazlina Haji Lekan (PD Sungai Pelong).
Kehadiran Kami dari PPAS disambut baik oleh Pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Daerah Petaling dan saling memberi kerjasama yang baik ketika Sesi "Mock" Reading Break untuk Klip Video Promo dan Dokumentari Hari Ilmu 2011.


Antara Galeri Gambar Sewaktu Sesi “Mock” Reading Break di PTD Petaling.

Jom Baca… ! Jadikan Membaca Amalan Kita.


Di Taman PTD Petaling, Bersantai sambil membaca..



Di Kantin PTD Petaling di Tepi Tasik, Menjamu selera sambil membaca…



Di Bilik Iqrak (Bacaan) PTD Petaling, walaupun kecil namun selesa, kemas dan cantik.



Di Ruang Legar Pejabat Tanah Daerah Petaling.
Sambil menunggu giliran untuk berurusan tu! he he…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan